June 19, 2012

Permulaan Universiti

hai haha
aku ni
percaya tak?
gila ke apa aku ni. lol

aku rindu taiping lah. craving for mcd. lepak sana sini dengan member.
kat sini aku lepak uptown jer. itupun kenkadang. duduk sembang sembang sementara minggu belajar aku lebih mencabar.
sebab minggu ni dan minggu lepas,kelas semuanya batal. yang belajar subjek valuation. setakat ni cool lagih.
member lain assingment bertimbun dah.
ada yang lukis 38plan bangunan. ada yang buat 15 berus guna idea sendiri.
ada yang habis duit beratus sebab beli buku lepastu mengamuk dengan parent sbb duit tak masuk lagi.
ramai orang,banyaklah ragam. jadilah asam garam. eh
sebenarnya semalam ada interview untuk sekretariat blok. blok aku kedua terbesar kat uitm ni. dan blok paling aktif.
aku dah refuse awal-awal dengan member aku. aku taknak pergi. malas. lepastu aku saja lah gurau dengan depa 'aku malaslah pergi,nanti kalau aku pergi konfom dapat punyaaaa!' *buat muka belagak
gurau je k. itu gurau.
depa ni pun gelaklah terbahak-bahak. depa je. aku gelak sopan tutup mulut.
serius
lepastu aku pergi bawak diri je. bagi borang. orang lain semua bawak sijil berkepuk-kepuk. bukan duit.
sijil. semuanya hebat-hebat.
semua roommates aku pergi. tapi lain-lain masa.
sebelum masuk bilik tu,kakak abg bagilah taklimat sikit. membebel lah kan.
susahlah apalah. aku dah cuak dah. rasa nak patah balik jer.
waktu dia tanya,semua jawab power-power. aku jer jawab merapu. jawapan boring dan tak matang.
and then tiba giliran aku masuk.
maksud aku,sekali masuk ada 6orang. then dia tanyalah sorang-sorang.
aku paling last dia tanya.
mula-mula cuak. tapi bila dalam bilik yang sememangnya sejuk tapi kita sorang jer rasa panas.
ada 3orang panel yang memang cengei habis. garang habislah.
muka tu rasa nak lempang jer. haha nasib handsome.
lepastu aku pun jawablah. cara jawab aku tersangatlah lemah. boo.
aku pilih sekretariat protokol tapi dia tanya pasal sekretariat akademik dan informasi
aku blur. jawab jelah kan.
then keluar. aku tak yakin pun dapat sebab dia nak pilih 10orang je daripada part1.
padahal 96% yang dtg tu part 1. biasalah budak freshie ni memang excited terlebih.*macam akuni senior jer

paling lawak bila aku tak pernah cerita kat kawan sebilik aku yang aku ni boleh tahan aktif lah kat sk. takda lah aktif sgt.
lepastu bila panel tu tanya,aku ceritalah semua. takkan nak tipu. gagap lah nanti kan.
balik je bilik semua bahan aku doh. untunglah bla bla,untunglah blabla.
aku terpijak je barang ka apaka depa bahan. kurang ajar doh. hahaha

then dapat mesej,aku terpilih. terkedu nak gelak nak berak semua ada
sebab kwn lain tak dapat. sedih sikitlah sebab depa yang beria.
aku cool jer *flip tudung hahahaha

so malam tu meeting. dari pukul8 sampai pukul 12lebih.
kena toce. nth camna eja tocer.
haha. maksud aku kena marahlah. ketaq gk lah lutut aku.
then dalam pukul 10,main jer. macam-macamlah.
nama aku alingg depa panggil darling.
tapi darling tak kisah............. haha :p

keluar je pintu bilik otw nak balik blok, pak guard tahan. kononlah jadi polis bantuan. urgh
tetiba nak maki hamun kami.
cakaplah elok-elok. aku sabar je.
lalu disuatu sudut tiba-tiba aku hilang dari pandangan semua.
hehe
sebab aku pelan-pelan lari pecut panggil abang jpk. jpk stands for jawatankuasa perwakilan kolej.
panggil abang jer. kakak tak. hahaha

lepastu abang 2org pergi kat pak guard tu terus kena maki. kami pun slow-slow belah.

cop! penat do cerita. taip pepanjang. macam hgpa baca ja

balik tu solat. lepastu ada orang tu sanggup tunggu aku do nak wasap.
terharu kejap. haha sikit je

dan ada benda aku nak bagitau