October 31, 2012

tell him that i love him so much





#1 - selalu dan terus bersabar dengan perangai aku,dengan kesalahan yang aku buat walaupun aku ni degil,selalu melawan cakap dia,do whatever i want sampai tak fikir hati dia sendiri. Dia tetap bersabar.

#2 - layan aku macam princess. macam puteri raja tak kira bila dia ada depan mata aku mahupun hanya mesej. waktu tu aku rasa,akulah orang yang paling bahagia.

#3 - kalau aku marah,dia akan mengalah. kalau aku merajuk,dia akan mengalah. semua benda pasal aku,dia akan mengalah.

#4 - hari-hari dia cakap dia sayang aku dan taknak tinggalkan aku.

#5 - bila kami bertemu,dia akan pandang dan tenung mata aku sampai aku jadi malu. tak pernah-pernah aku malu.hahaha. sambil dia cakap,dia akan pandang aku dan waktu tu aku tahu dia jujur dengan aku. waktu aku bercakap dan membebel,dia akan dengar dan faham betul-betul apa yang aku sampaikan even benda tu simple je.

#6 - tidak pernah ungkapkan perkataan "PUTUS" dekat aku. aku je selalu emo tapi dia cool.

#7 - belikan aku semua benda yang aku nak. dia akan tunaikan segala macam apa yang aku minta. kalau dia tak dapat bagi sekarang,dia akan usahakan untuk aku. nasib aku ni tak kaki cukur huhu aku baik tau. tak pernah minta merapu-rapu hehehe

#8 - time makan,aku akan letakkan udang kat sebelah tepi makanan. dan dia akan tolong kopekkan kulit udang untuk aku. setiap kali makan! dia akan suapkan aku sampai aku jadi segan gila-gila. sebelum makan,dia akan asingkan benda2 dalam makanan aku tu supaya aku senang nak makan. macam budak-budak kecik nak makan tu.

#9 - dia suka blur-blur. dan aku selalu kutuk dia. tapi dia watlek wakpeace je sambil pegang perut dia. sebelum tengok wayang,mesti kerja dia menipu aku. tipu pasal gate tu dah bukak padahal tak bukak lagi. time tu perut aku akan sakit sebab tahan gelak. hahaha seriously kalau aku ingat,aku akan gelak sensorang.

#10 - aku sayang semua pasal dia sebab aku cintakan dia.


semoga aku dan dia tabah harungi segala macam dugaan percintaan
*ayat macam orang dah kahwin*

hihi