July 15, 2015

Esok raya

besok insyallah raya..tapi patutnya skrg aku tgh gelak ketawa dgn sepupu sepapat. lepastu gotong royong masak rendang, bakar lemang.
tapi skrg aku tgh ada kat office sambil mata mengantuk.

teringat kat si dia. susah ya nak move on tapi aku fasa dah okay sbb mingu2 lepas lagi cam histeria lol. rasa bodoh diri sebab menangis untuk orang yg takde function lagi dalam hidup kau.

tipula cakap benci. sebab mmg x boleh nak tipu diri sendiri. rasa tertipu, rasa dibodohkan dgn janji2 yg kononya sanggup menunggu tak kira berapa juta tahun sekalipun, janji yang kononya sehidup semati nak kahwin dgn kau, terngiang lagi kata2 yg aku adalah wanita yg dia sentuh untuk pertama & terakhir dlm hidup dia. kau rasa teraniaya, kau rasa mcm kene tikam.

baru aku paham, orang kalau tak kuat iman...x ada famili, x ada kwn2 jadi pedamping dia decide buat kerja bodoh utk terjun bangunan 15 belas tingkat, kelar diri dan sebagainya.

aku xcakap aku kuat iman tapi famili yg pertama. perasaan lepas putus ni, aku jadi lagi berdikari sebab aku dah baaaaaaaanyak sabarkan diri aku, dah kuatkan hati aku. sabar dari segi mental tu kau paling penat sekali, sumpah. aku selamber badak cerita kat adik aku, dia dah ada awek baru. nak tengok x gambar?
dulu nan hado aku cerita apa2 pasal dia kat adik aku. lepastu time buka puasa tu aku umum kat famili yang aku dah single. ma, nanti carikan ecah bakal somi eh. lepastu siap berdoa time tgh tunggu berbuka utk djodohkan dgn laki2 yg baik & jujur menjadikan aku suri dlm hidup dia. sebab dlm islam berdoalah time nak tunggu berbuka tu iallah termakbul. amin.

tapi aku doakan la senyap2 utk kesihatan mama abah & ahli keluarga aku. yang doa first tadi aku baca kuat2 so that semua aminkan.

walhal dalam hati kau, sakit.

aku tahu aku bodoh sbb masih simpan dan tengok hari2 gambar2 video dia, kita dua, gambar mesra kau & kekasih sebabnya dia yg show off untuk aku tengok. so aku appreciate la,aku nampak aku save. hari2 tgk sebab itu yg dia nak.

bodoh lagi sebab dulu aku doakan sungguh2 untuk lihat dia bahagia depan mata aku. instagram,fb, twitter,whatsapp hari2 aku check sebab nak tgk progress. tiba2 dah tahu dia gembira aku pulak frust menongek. susah jgk jadi perempuan. kau xnak tapi kau nak tapi kau xnk. cane uh?

esok raya. aku harap kau maafkan segala salah silap aku. aku nak minta halalkan segala makan minum kau yg beri kat aku. terima kasih utk segala pengorbanan kau walau sekecil zarah pon aku ingat dlm 8 tahun ni aku tak lupa sbb nanti aku nak cerita kat anak2 aku kenangan aku bercinta lamani. aku minta maaf atas kekasaran aku selama ni. selamat hari raya sayang.